Sunday, October 25, 2009

Bila KS44290 mula mencoret...

hmmm dah hampir sebulan aku dudk bilik sorang - sorang. semue budak roomate aku yang kesemuanya budak - budak pre-TESL sudah balik ke rumah sebab diorang dapat cuti awal. maybe awal bulan 11 ni diorang sudah berada di kampus balik untuk menyambung pengajian... dalam masa sebulan ini lah antara berani dan takut aku terpaksa meneruskan hisup keseorangan di bilik D306. pagi bangun tido xde kawan nak bercakap. bila balik kelas sampai jek kat bilik masih tiada kawan untuk berbicara...maybe faktor - faktor itulah juga menyebabkan aku malas nak balik bilik, selalu lepak ngan kawan - kawan, g jalan - jalan tanpa hala tujuan, g karaoke, g melihat keindahan alam dan sebagainya...
kadang - kadang bila aku kebosanan hidup sendirian barulah aku mula terfikir kembali tentang kehidupan ini. banyak persoalan bermain di minda ini. kadang - kadang aku terfikir kembali adakah hidup aku ini betul mengikut ajaran islam yang diredhai Allah?adakah segala solat aku diterima?adakah aku pernah membuat dosa kepada kedua orang tuaku tanpa aku sedari?...kadang - kadang aku takut apabila melihat manusia disekeliling aku selalu saje enjoy berlebih lebihan, suka membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah, kadang - kadang terlintas di fikiran aku adakah orang yang selalu cakap banyak itu betul setiap masa? adakah orang kaya - kaya yang nampak baik luarannya tetapi apabila perkara - perkara berkaitan islam seperti dipandang sepi, adakah itu yang selalu terjadi apabila menjadi kaya? aku ini hanya insan biasa yang mungkin tidak mampu menjadi manusia sempurna, yang sentiasa khilaf dalam membuat sesuatu, oleh itu insyaalah aku akan cuba buat yang terbaik, mungkin perkara pertama yang patut aku lakukan ialah sempurnakan solat,betulkan bacaan dalam solat,hafal doa - doa berkaitan,aku percaya bahawa satu saat tidak dapat mengubah segalanya namun mulalah berubah dari saat ini nescaya segalanya dapat berubah...

No comments:

Post a Comment