Kata - kata umpama emas yang terapung di udara, ianya tidak dapat dilihat namun ianya dapat memberikan suatu erti yang amat bernilai di dalam kehidupan manusia...
Sunday, October 25, 2009
Skuad 6 SUKSIS: KS 44290 melaporkan...
Pada pukul 8 pagi, 11 Oktober 2009 saya tiba di dewan makan kolej mawar untuk menghadiri jamuan hari raya SUKSIS 2009 yang dianjurkan oleh ahli skuad saya iaitu SKUAD 6. Skuad 6 yang dipimpin oleh KS Ikhmar telah bertungkus lumus menjayakan majlis jamuan ini sejak 3 minggu yang lepas. Kesemua ahli Skuad 6 mempunyai tugas mereka yang tersendiri demi untuk menjayakan majlis jamuan hari raya SUKSIS 2009. Saya KS Noor Faizal B. Mohamed Kisasi telah ditugaskan untuk membantu biro hiasan. Pada pagi hari jamuan tersebut saya telah memastikan bahawa semua perhiasan sudah siap dipasang seperti belon tergantung dengan baik, hiasan di dinding masih elok, hiasan di pentas utama juga sesuai dengan majlis dan juga menolong menghias meja makan demi untuk memastikan tetamu yang hadir selesa dengan tempat duduk masing – masing. Selepas itu saya membantu biro makanan menyediakan makanan kerana saya melihat masih banyak kerja yang perlu ditolong demi memastikan perjalanan majlis berjalan lancar. Pada pukul 10 pagi beberapa tetamu dari skuad SUKSIS yang lain telah hadir memakai pakaian hari raya yang bersesuaian dengan majlis. Ketibaan tetamu disambut oleh beberapa ahli skuad 6 yang mana mengiringi mereka masuk ke tempat yang telah disediakan. Lebih kurang pukul 11 pagi dewan makan kolej mawar sudah dipenuhi dengan anggota suksis uitm. Ketibaan tetamu kehormat yang lain adalah sekitar jam 11.30 pagi. Selepas kesemua tetamu hadir dan mengambil tempat duduk masing – masing majlis pun dimulakan. Majlis dimulakan dengan persembahan silat oleh Persatuan Seni Silat Cekak Uitm. Persembahan bertenaga yang ditunjukkan oleh mereka telah menyebabkan dewan makan gamat seketika terutama sekali ketika mereka membuat demonstrasi pergaduhan menggunakan senjata. Persembahan mereka telah mendapat tepukan yang gemuruh dari hadirin. Selepas itu biro multimedia menayangkan satu animasi yang mewakili skuad 6. Animasi tersebut telah menarik perhatian hadirin kerana ianya amat menarik walaupun hanya seketika ditayangkan. Kemudian majlis dimulakan apabila pengerusi majlis mula mengambil tempat. Bacaan doa dibaca untuk memohon keberkatan majlis kemudian diikuti dengan ucapan oleh Ketua Skuad. Selesai ucapan ketua skuad majlis bersantap pun dimulakan. Para hadirin yang sudah sedia lapar sejak awal mula mengambil makanan. Makanan yang disediakan pada hari itu ialah nasi minyak, ayam masak merah, jelatah, mi goreng, roti jala, nasi himpit dan juga buah - buahan. Majlis jamuan tersebut juga diselang selikan dengan nyanyian karaoke oleh ahli suksis yang hadir dan yang lebih menarik jurulatih juga mengambil bahagian dalam sesi berkaraoke. Selepas semua selesai makan maka ramai yang mengambil kesempatan bergambar kenangan. Dalam pukul 2 lebih majlis pun tamat. Tetamu sudah beransur pulang tetapi ahli skuad 6 masih setia menunggu di dewan makan mawar untuk mengemas kembali dewan tersebut seperti sedia kala. Saya turut berada di situ menolong mengemas meja dan membuang semua hiasan yang ada supaya dewan makan tersebut kembali menjadi sedia kala. Selesai sahaja semua perkara yang perlu dilakukan saya bersama rakan skuad 6 yang lain mula beransur pulang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment