tengah ari tadi aku tertengok berita 1.30pm dan pada pukul 8pm jugak aku tengok berita yang sama iaitu kejadian jambatan runtuh kat kampar,perak kalau x salah aku. kejadian tersebut melibatkan kanak - kanak sekolah (budak sekolah rendah lagi) yang mana ramai yang terkorban. aku tertarik dengan temubual yang dilakukan oleh wartawan tersebut apabila menemubual seorang india yang mungkin bapa kepada salah seorang pelajar tersebut menyalahkan pihak sekolah bulat - bulat. die cakap bahawa ibubapa tidak diberitahu langsung mengenai kem yang dihadiri oleh anak beliau dan die menggambarkan seolah - olah anak die dipaksa menghadiri kem tersebut. die cakap anak die menangis kononnya terpaksa menghadiri kem tersebut dan mengatakan bahawa pihak yang berkenaan tidak mengeluarkan surat kebenaran untuk menghadiri aktiviti tersebut. tetapi sebaliknya kenyataan lelaki india terbabit nampak sangat tidak berasas apabila disiarkan pengakuan pelajar dan ibubapa kanak - kanak yang lain mengatakan bahawa mereka mendapat surat kebenaran tersebut. mungkin akibat tertekan dengan kehilangan anaknya menyebabkan lelaki india tersebut mengeluarkan kenyataan sedemikian. pada hemat saya, didalam apa sahaja situasi kita janganlah mudah sangat menyalahkan orang lain.jangan lah kita suka mengeluarkan tuduhan yang tidak berasas yang mana dapat menegangkan keadaan masyarakat kita.
jadi siapa yang patut dipersalahkan sebenarnye dalam kes jambatan gantung yang roboh tersebut? sudah pasti salah satu pihak yang perlu dipersalahkan ialah kontraktor yang membina jambatan tersebut kerana dari laporan yang diterima jambatan tersebut tidak kukuh dan masih baru dibina. ini menunjukkan bahawa jambatan tersebut dibina tidak mengikut piawaian yang ditetapkan. ciri - ciri keselamatan mungkin diabaikan demi untuk mengejar keuntungan yang berlipat kali ganda. selain daripada itu kanak - kanak tersebut juga patut dipersalahkan kerana bermain di atas jambatan tersebut walhal mereka tahu ketika itu air sungai tersebut amat dalam. mungkin naluri kebudak - budakan masih menebal dan juga ketidakmatangan usia juga menyebabkan mereka mengabaikan keselamatan mereka demi untuk mengjar keseronokan yang sementara yang mana pada akhirnya berlaku kejadian yang tidak diingini. selain daripada itu pihak keselamatan yang menjaga keselamatan budak - budak tersebut juga masih boleh dipertikaikan. ke mana mereka pergi ketika keadaan memerlukan?mengapa mereka tidak tegas melarang kanak - kanak tersebut daripada bermain dikawasan yang berbahaya seperti itu?adakah mereka tidak mempunyai kakitangan yang cukup?
akhir kata tidak ada apa yang patut disesalkan lagi kerana segalanya telah berlaku. kepada kita yang tinggal jauh dari tempat kejadian panjatkan lah setinggi doa supaya memudahkan kerja - kerja menyelamat agar semua kanak - kanak tersebut dapat dijumpai dan kepada pihak yang berkenaan diharap kejadian ini dapat menjadi iktibar yang berguna di masa akan datang.
dalam keadan nie, semua nak menunding jari, walhal kena sedar yang setiap yang berlaku ada sebabnya, dan boleh dikatakan semua yang terlibat bertangungjawab, tetapi kalau asyik menunding jari mencari kesalahan, tak ada benda yang akan selesai. dari mencari siapa yang salah lebih baik tumpuan diberikan kepada usaha menyelamat...
ReplyDeletebetul tu rasionalnya pada masa kini pihak yang berkenaan mst bertanggungjawab...tp aku rase fenomena tuding menuding ini tuduh menuduh ini sudah menjadi lumrah dan kita tidak dapat lari dari melakukan aktiviti tersebut demi melindungi kelemahan kita sendiri...
ReplyDeletebuat la link blog skuad6
ReplyDelete