Wednesday, September 22, 2010

Ganjil itu lebih baik...

Di dalam kemodenan masa kini kebanyakan manusia seboleh mungkin sentiasa mahukan segalanya updated.kononnya.Kita dapat lihat di mana mana semua orang nak ikut trend terkini.

Kita ambil satu contoh dari segi pakaian. Tidak ada sesiapa baik dari kalangan kanak - kanak, dewasa mahupun orang tua mahu ketinggalan menggayakan trend yang terkini walaupun kebanyakan pakaian adalah tidak sesuai digayakan oleh mereka.

Dari segi yang lain pula kita dapat lihat banyak persatuan berjuang untuk kesamarataan. Salah satu isu yang mereka perjuangkan adalah berkaitan hak yang sama rata di antara lelaki dan perempuan.

Kalau boleh setiap kerja lelaki mesti mahu diceburi oleh wanita juga. Mengapa ini semua harus berlaku?adakah perkara kesamarataan, keserupaan, keterkinian dan segala galanya ini adalah keperluan yang amat penting di dalam masyarakat kita pada hari ini? Perlukah cara hidup kita sama tidak kira agama dan bangsa?

Pada saya, itu semua tidak penting. Saya rasa jika kita ganjil sedikit dari kebiasaan tidak mengapa asalkan kita hidup masih berteraskan Islam.

Cuba kita lihat pada masa kini arak bukan lagi perkara yang ganjil, zina sudah menjadi perkara kebiasaan, masalah sosial sudah menjadi sebati, rasuah berlaku di mana - mana malah sembahyang sudah tidak di ambil berat di mata masyarakat.

Cuba tanya kepada diri kita sendiri, bolehkah kita tidak meminum arak jika orang di sekeliling kita meminumnya?sanggupkah kita ditertawakan kerana masih teruna atau dara?sanggupkah kita tolak rasuah padahal bos - bos kita kenyang dengan duit - duit rasuah?beranikah kita solat sebentar ketika orang lain sibuk buat kerja, sibuk menonton bola, sibuk bershoping?

Bolehkah kita menjadi ganjil dari segala - galanya?fikirkan...

Sunday, September 5, 2010

Selamat Hari Raya...

Jumpa lagi kita yer...

Untuk entry kali ni aku nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat yang akan menyambut hari raya lagi 2 atau 3 hari lagi

Diharapkan dengan hadirnya hari kemenangan kepada umat Islam ini maka akan bertambah maju dan berjayalah umat Islam di masa hadapan.

Maka bertitik tolak dari hari ini, diharapkan bukan sahaja kita dapat kasut raya baru, baju raya baru, rumah berwarna baru, tudung baru, angpau baru dan serba serbi baru namun diharapkan juga otak kita juga mempunyai buah fikiran yang baru dicambahi dengan idea - idea baru serta dipagari dengan azam dan iltizam yang baru untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Kepada yang balik awal ke kampung atau di mana sahaja anda berada dan jika ibubapa masih ada maka hiburkanlah hati mereka, senangilah hati mereka, buat mereka gembira kerana sesungguhnya kita tidak akan tahu bila nikmat ini akan berakhir.

Pada yang sudah buat kuih raya ataupun kuih tunjuk (kuih beli kat kedai - kedai...hehe) pastikan habis kuih - kuih tu taw,jangan membazir dan kalau ada buat rumah terbuka tu jangan lupa panggil aku untuk tolong habiskan makanan korang itu yer...hehehe

Sudah, aku pun dah xlarat nak merapu banyak - banyak. So pepe pun enjoy ur festival dan selamat beramal...hahaha

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. UCAPAN TULUS IKHLAS DARI pejaikisasi..;)

Thursday, September 2, 2010

Cobaan 2...

Ni nak sambung citer plak...

Kan aku da sampai R&R Tapah then lega lar aku coz aku ingat lepas isi jek minyak bley r aku blah terus

Aku pun cakap kat brother shell tu,

"Bro isi full ok!!,"sambil menjeling eksyen kat mamat tu (umo die dlam 20tahun camtu kot)

Tuptup die tekan RM7.Ai aku pikir cukup ke full tank RM7 ni. Dalam hati aku duk kutuk mamat tu. Yela macam bagus jek,da r banyak tanye pulak.Abg nak g mane bang?abg balik mane?Balik sorang je ke?...ai budak ni nak jadi wartawan ke duk kalut sangat tanya macam - macam kat aku ni...

Lepas aku bayar n ucap time kasih kat mamat tu(budi bahasa budaya kite doh...haha) aku pun try lar start moto tu.

Cubaan kali pertama aku rase pelik jek bunyi die. Aku try lagi masih x hidup gak moto ni,langsung xde pressure kat enjin die..ish bala pe plak ni??

xpe2,aku think positif. maybe minyak x turun masuk dalam karburater (betul ke ejaan tu?ntah)lagi kot.xpe2. aku try banyak - banyak kali sambil pulas throttle minyak.

Masuk kali ke 10 kali try aku da fed up. %$%%$%$!!#$%#@%$!!!! ha mule lar aku mencarut,tp dalam hati r...panas siot.yelar ingatkan da bley berambus tp stuck lg kat situ.kalau nak ikutkan nak jek aku bakar moto tu kat situ!

Tp disebabkan bulan pose,aku bersabar..tarik nafas,lepas then ulang 10 kali yer...huhuu

Tibe - tibe aku teringat,aku seluk kocek seluar jean aku pastu amik bende kaler hitam bentuk empat segi bawak kuar letak atas tangan aku

Aku belek - belek badan die,raba - raba bahagian tengah die...ha JUMPA!!!

Aku tekan butang calling and then call abg aku...hehhe

"Hello,ni pehal ngan moto ni xmau idup ni,duit da abis da isi minyak ni,"kata aku dengan suara yang agak tinggi sambil merenung tajam ke arah moto aku.

Sembang punya sembang tuptup sah. Memang SAH!!!

Motor aku JEM pulak da...waaaaaaaa
moto aku jem sebab kurang minyak 2t (padahal aku rase aku da bancuh 2t dalam minyak mase aku isi kat Rawang td)

Then duduk lar aku termenung kat situ sambil memikirkan apa yang aku patut buat seterusnya...

to be continue...

Wednesday, September 1, 2010

Cobaan...

SHAH ALAM: Hari khamis bersamaan 26 ogos aku memang kene cobaan, ini betui - betui bukan main - main la...huhu

Cite die camni,hari tu aku plan nak balik kampung aku kat Perak sempena cuti Nuzul Al-Quran, so aku bertolak lar dari shah alam ni awal sikit dalam pukul 11 lebey camtu, bajet dalam pukul 3petang sampai lar kat kampung aku.

sebelum tu nak cite, aku balik naek moto 125z, yela leceh r nak naek bas nak beratur beli tiket lar,bas telewat lar n mcm - mcm lg. Biasenyer kalau naik motor 2lejang ni aku bley r pecut sikit atas highway.

Then tengah sedap layan pecut atas highway tu,tuptup dekat - dekat nak sampai tapah (dalam 6km lg kot) moto aku tibe - tibe mati, da lar time tu tengah layan potong treler, gelabah beruk gak time tu tp muka still cool.

Aku tarik handle pancung treler tu then terus berenti tepi elok - elok bawah jejambat tempat motor selalu berenti bila ujan

'Adoi, ni mesti minyak abes ni,'kata aku dalam hati

Aku buka penutup tank, SAH memang minyak abis. Aduyai camne aku nak buat ek. Aku duduk temenung kat situ jap tunggu gak kot - kot de orang berenti nak tolong ke, tp HAMPEH!xde sorang pun berenti.

Dalam duk merungut tu aku tolak jugak motor tu (da r tengah puase,penat siot) bajet nak tolak sampai kat R&R Tapah lar kononnya. Lepas 1KM tabah tolak motor tu aku aku tengok sorang mamat naik superbike tengah laju,tup buka cermin helmet die pastu duk usha aku.

"eleh ko naek motor besar belagak r ngan aku,blah r woi"aku kutuk mamat tu dalam hati. Yela aku ingat mesti mamat tu tengah gelak tengok aku duk tolak motor sorang - sorang tengah panas macam orang gila.

Tiba - tiba aku tengok mamat naik superbike tu patah balik. Sudah, pehal pulak mamat ni,xkan xpuas lg gelak kat aku tadi...huhu

Bila sampai dekat brother tu cakap,"Nape bro?Minyak abis ke?". Aku pun iyakan je la.

Pastu brother tadi pusing motor die dan tolak motor aku dengan kaki die. Pergh alhamdulilah, dalam hati aku duk puji pulak mamat ni. Yela setahu aku selalunya hampir majoriti pemilik superbike memang susah r nak tolong motor - motor kecik macam aku ni.

Terima kasih banyak - banyak kepada brother superbike hitam nombor plat WRB 8320 budak Kulim.TQ walaupun tolak sampai ke R&R Tapah jek.

to be continue...