Wednesday, September 22, 2010

Ganjil itu lebih baik...

Di dalam kemodenan masa kini kebanyakan manusia seboleh mungkin sentiasa mahukan segalanya updated.kononnya.Kita dapat lihat di mana mana semua orang nak ikut trend terkini.

Kita ambil satu contoh dari segi pakaian. Tidak ada sesiapa baik dari kalangan kanak - kanak, dewasa mahupun orang tua mahu ketinggalan menggayakan trend yang terkini walaupun kebanyakan pakaian adalah tidak sesuai digayakan oleh mereka.

Dari segi yang lain pula kita dapat lihat banyak persatuan berjuang untuk kesamarataan. Salah satu isu yang mereka perjuangkan adalah berkaitan hak yang sama rata di antara lelaki dan perempuan.

Kalau boleh setiap kerja lelaki mesti mahu diceburi oleh wanita juga. Mengapa ini semua harus berlaku?adakah perkara kesamarataan, keserupaan, keterkinian dan segala galanya ini adalah keperluan yang amat penting di dalam masyarakat kita pada hari ini? Perlukah cara hidup kita sama tidak kira agama dan bangsa?

Pada saya, itu semua tidak penting. Saya rasa jika kita ganjil sedikit dari kebiasaan tidak mengapa asalkan kita hidup masih berteraskan Islam.

Cuba kita lihat pada masa kini arak bukan lagi perkara yang ganjil, zina sudah menjadi perkara kebiasaan, masalah sosial sudah menjadi sebati, rasuah berlaku di mana - mana malah sembahyang sudah tidak di ambil berat di mata masyarakat.

Cuba tanya kepada diri kita sendiri, bolehkah kita tidak meminum arak jika orang di sekeliling kita meminumnya?sanggupkah kita ditertawakan kerana masih teruna atau dara?sanggupkah kita tolak rasuah padahal bos - bos kita kenyang dengan duit - duit rasuah?beranikah kita solat sebentar ketika orang lain sibuk buat kerja, sibuk menonton bola, sibuk bershoping?

Bolehkah kita menjadi ganjil dari segala - galanya?fikirkan...

No comments:

Post a Comment