Sunday, September 5, 2010

Selamat Hari Raya...

Jumpa lagi kita yer...

Untuk entry kali ni aku nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat yang akan menyambut hari raya lagi 2 atau 3 hari lagi

Diharapkan dengan hadirnya hari kemenangan kepada umat Islam ini maka akan bertambah maju dan berjayalah umat Islam di masa hadapan.

Maka bertitik tolak dari hari ini, diharapkan bukan sahaja kita dapat kasut raya baru, baju raya baru, rumah berwarna baru, tudung baru, angpau baru dan serba serbi baru namun diharapkan juga otak kita juga mempunyai buah fikiran yang baru dicambahi dengan idea - idea baru serta dipagari dengan azam dan iltizam yang baru untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Kepada yang balik awal ke kampung atau di mana sahaja anda berada dan jika ibubapa masih ada maka hiburkanlah hati mereka, senangilah hati mereka, buat mereka gembira kerana sesungguhnya kita tidak akan tahu bila nikmat ini akan berakhir.

Pada yang sudah buat kuih raya ataupun kuih tunjuk (kuih beli kat kedai - kedai...hehe) pastikan habis kuih - kuih tu taw,jangan membazir dan kalau ada buat rumah terbuka tu jangan lupa panggil aku untuk tolong habiskan makanan korang itu yer...hehehe

Sudah, aku pun dah xlarat nak merapu banyak - banyak. So pepe pun enjoy ur festival dan selamat beramal...hahaha

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. UCAPAN TULUS IKHLAS DARI pejaikisasi..;)

No comments:

Post a Comment