SHAH ALAM: Hari khamis bersamaan 26 ogos aku memang kene cobaan, ini betui - betui bukan main - main la...huhu
Cite die camni,hari tu aku plan nak balik kampung aku kat Perak sempena cuti Nuzul Al-Quran, so aku bertolak lar dari shah alam ni awal sikit dalam pukul 11 lebey camtu, bajet dalam pukul 3petang sampai lar kat kampung aku.
sebelum tu nak cite, aku balik naek moto 125z, yela leceh r nak naek bas nak beratur beli tiket lar,bas telewat lar n mcm - mcm lg. Biasenyer kalau naik motor 2lejang ni aku bley r pecut sikit atas highway.
Then tengah sedap layan pecut atas highway tu,tuptup dekat - dekat nak sampai tapah (dalam 6km lg kot) moto aku tibe - tibe mati, da lar time tu tengah layan potong treler, gelabah beruk gak time tu tp muka still cool.
Aku tarik handle pancung treler tu then terus berenti tepi elok - elok bawah jejambat tempat motor selalu berenti bila ujan
'Adoi, ni mesti minyak abes ni,'kata aku dalam hati
Aku buka penutup tank, SAH memang minyak abis. Aduyai camne aku nak buat ek. Aku duduk temenung kat situ jap tunggu gak kot - kot de orang berenti nak tolong ke, tp HAMPEH!xde sorang pun berenti.
Dalam duk merungut tu aku tolak jugak motor tu (da r tengah puase,penat siot) bajet nak tolak sampai kat R&R Tapah lar kononnya. Lepas 1KM tabah tolak motor tu aku aku tengok sorang mamat naik superbike tengah laju,tup buka cermin helmet die pastu duk usha aku.
"eleh ko naek motor besar belagak r ngan aku,blah r woi"aku kutuk mamat tu dalam hati. Yela aku ingat mesti mamat tu tengah gelak tengok aku duk tolak motor sorang - sorang tengah panas macam orang gila.
Tiba - tiba aku tengok mamat naik superbike tu patah balik. Sudah, pehal pulak mamat ni,xkan xpuas lg gelak kat aku tadi...huhu
Bila sampai dekat brother tu cakap,"Nape bro?Minyak abis ke?". Aku pun iyakan je la.
Pastu brother tadi pusing motor die dan tolak motor aku dengan kaki die. Pergh alhamdulilah, dalam hati aku duk puji pulak mamat ni. Yela setahu aku selalunya hampir majoriti pemilik superbike memang susah r nak tolong motor - motor kecik macam aku ni.
Terima kasih banyak - banyak kepada brother superbike hitam nombor plat WRB 8320 budak Kulim.TQ walaupun tolak sampai ke R&R Tapah jek.
to be continue...
No comments:
Post a Comment